LAMAN UTAMA

Menu Utama

Pautan Utama

Login Form



SELAMAT DATANG KE SMK DATO' AHMAD MAHER
PERKONGSIAN PINTAR SMK JENGKA PUSAT PDF Print E-mail
Berita - Berita
Wednesday, 02 May 2012 05:27

24 MAC – Seramai 41 orang pelajar dan 4 orang guru daripada SMK Jengka Pusat, Pahang telah datang ke SMK Dato’ Ahmad Maher untuk menjalani satu program yang dinamakan Perkongsian Pintar. Mereka akan tinggal di SMK Dato’ Ahmad Maher selama seminggu untuk mengalami sendiri suasana belajar di sini untuk diaplikasikan di sekolah mereka kelak.

Para pelajar yang terlibat terdiri daripada para pelajar yang akan menduduki PMR dan SPM. Program salah satu strategi bagi meningkatkan pencapaian akademik para pelajar, di samping menambah kenalan dan berkongsi ilmu. Rata-rata pelajar yang ditemui menyatakan rasa gembira dan seronok sepanjang seminggu berada di SMK Dato’ Ahmad Maher. Malahan para pelajar juga dapat memperoleh banyak ilmu daripada para pelajar SMK Jengka Pusat. Setiap pertemuan pasti perpisahan. Sebelum mereka berangkat pulang ke Pahang, satu majlis yang diberika nama Majlis Iringan Kasih SMK Jengka Pusat telah diadakan di Asrama SMK Dato’ Ahmad Maher pada malam terakhir mereka di bumi Maher. Pelbagai persembahan telah diadakan termasuklah persembahan nyanyian, dikir barat dan persembahan khas daripada SMK Jengka Pusat. Mereka telah mempersembahkan beberapa buah lagu. Antaranya yang menjadi kegemaran para pelajar adalah lagu negeri iaitu ‘Awek Call’. Diharapkan para pelajar dapat menimba banyak ilmu dan kenangan sepanjang program ini diadakan. kasih diucapkan kepada semua warga Maher yang telah memberi layanan yang baik sepanjang mereka berada di bumi Maher.

Last Updated on Wednesday, 02 May 2012 05:29
 
MAJLIS PERASMIAN BULAN PSS DAN PELANTIKAN PENGAWAS PSS PDF Print E-mail
Berita - Berita
Wednesday, 02 May 2012 05:25

22 MAC— Bertempat di Dewan Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid, satu majlis perasmian dan pelantikan telah diadakan. Majlis tersebut adalah Majlis Perasmian Bulan Pusat Sumber dan Pelantikan Pengawas PSS. Majlis ini dimulakan dengan ketibaan Puan Pengetua, Puan Hjh Che Ragayah.

Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan dan penyampaian watikah pelantikan kepada para Pengawas PSS. Watikah disampaikan oleh Puan Pengetua. Setelah itu, majlis diteruskan dengan bacaan ikrar oleh Ketua Pengawas PSS, Nur Hidayah bt Zulkipli. Majlis diakhiri dengan bacaan doa.

Diharapkan para pelajar dapat menggunakan kemudahan yang disediakan di PSS sebaik mungkin.

Last Updated on Wednesday, 02 May 2012 05:29
 
PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR, PEMBIMBING RAKAN SEBAYA DAN KETUA TINGKATAN PDF Print E-mail
Berita - Berita
Wednesday, 02 May 2012 05:22

20 Mac – Satu majlis pelantikan pemimpin pelajar, ketua tingkatan dan pemimpin rakan sebaya telah berlangsung di Dewan Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid.

Majlis dimulakan tepat pada jam 7.35 pagi dan acara ini dimulakan dengan alunan nasyid Asma Ul-Husna serta nyanyian lagu Negaraku. Majlis disempurnakan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. En. Haron Khan bin Jamal Khan iaitu penolong kanan HEM sekolah.Kemudian, acara diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh YBrs. Tn. Hj. Ahmad Termizi bin Hj. Musa iaitu ketua Sektor Psikologi & Kaunseling JPN Kelantan.

Setelah itu, majlis penyampaian watikah pelantikan dilangsungkan dengan penuh gemilang sekali. Diharapkan agar mereka dapat menjalankan tugas dengan penuh wibawa dan dapat membimbing pelajar ke arah kebaikan supaya masalah disiplin dapat dibendung.

PEMIMPIN BERWIBAWA MEMBENTUK DISIPLIN PELAJAR

Last Updated on Wednesday, 02 May 2012 05:29
 
PERASMIAN MINGGU ANTIDADAH PDF Print E-mail
Berita - Berita
Wednesday, 02 May 2012 05:19

25 Mac – Majlis Pelancaran Minggu Antidadah telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Salim Bin Daim, Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, JPN Kelantan. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam diri pelajar mengenai bahaya dadah serta memberikan Pendidikan Pencegahan Dadah dari peringkat sekolah.

Pada jam 7.45 pagi, majlis dimulakan dengan pembacaan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh Puan Pengetua, Puan Hjh. Che Ragayah Bt Muhamad. Seterusnya, Majlis Pelancaran Minggu Antidadah ini disempurnakan dengan perasmian daripada YBrs. Encik Salim Bin Daim iaitu Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, JPN Kelantan. Sebagai gimik pelancaran, YBrs. Encik Salim bin Daim bersama Puan Pengetua, Puan Hjh. Che Ragayah, PK Ko, Puan Khairani Sabtu dan PK HEM En. Haron Khan telah melepaskan tiga ekor merpati putih.

Sepanjang minggu kempen, pelbagai aktiviti dijalankan bagi merealisasikan hasrat KPPM, antaranya ialah Pertandingan Melukis Poster, ceramah antidadah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan, pidato Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, pameran dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan majlis penutupan dan penyampaian hadiah.

Majlis pada hari tersebut diakhiri dengan bacaan ikrar antidadah dan doa oleh Ketua Pemimpin Pelajar. Diharapkan program ini akan memberi kesedaran kepada pelajar untuk menjauhkan diri daripada dadah dan menasihati orang lain seperti rakan sebaya dan rakan-rakan yang lain agar tidak terlibat dengan dadah.

Last Updated on Wednesday, 02 May 2012 05:30
 
PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE PDF Print E-mail
Berita - Berita
Wednesday, 02 May 2012 05:15

8 MAC— Satu majlis anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling telah diadakan. Majlis ini merupakan majlis yang tidak asing lagi di bumi Maher. Namun, pada tahun ini, program ini telah diberi nafas baru. Tahun-tahun sebelum ini, program ini hanya melibatkan para pelajar yang bakal menduduki PMR, SPM dan STPM sahaja. Tetapi pada tahun ini, program ini melibatkan semua pelajar.

Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil yang mana guru akan menjadi mentor mereka. Program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan antara pelajar dan guru. Majlis perasmian telah diadakan secara simbolik sahaja. Para pelajar yang merupakan mentee kepada pihak pentadbiran sekolah dipanggil ke pentas bagi menemui mentor mereka dan menyerahkan fail program.

Last Updated on Wednesday, 02 May 2012 05:30
 
«StartPrev12345NextEnd»

Page 1 of 5
 

Who's Online

We have 11 guests online